BKS MTTJ Serah Katil Mudah Alih kepada En. Hanif


28 Januari 2025 — Pihak Biro Kebajikan dan Sosial (BKS) Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah melaksanakan penyerahan sebuah katil mudah alih kepada En. Anis Candra.


Menurut En. Ab Manaff Safien, Pengerusi BKS MTTJ, proses penghantaran katil tersebut ke kediaman En. Anis telah dipercepatkan memandangkan ia merupakan keperluan mendesak bagi beliau, dan ianya dilakukan dengan kerjasama keluarga En. Anis. 


Katil yang sebelum ini ditempatkan di Jalan Temerloh Jaya 2/4 telah dipindahkan ke rumah En. Anis di Jalan Temerloh Jaya 5/9 bagi memudahkan pergerakannya yang kini sedang dalam proses pemulihan akibat serangan strok sebelum ini.


Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kebajikan BKS MTTJ dalam memberikan sokongan kepada ahli komuniti Taman Temerloh Jaya yang memerlukan, khususnya golongan yang berdepan dengan masalah kesihatan. 


En. Ab Manaff juga berharap agar sumbangan ini dapat membantu meringankan beban En. Anis serta keluarganya dalam menguruskan keperluan harian.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama