Pengerusi Masjid Temerloh Jaya Sempurnakan Perasmian Jualan Penghabisan Stok Al-Ikhsan Sports



30 September 2025 — Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Dr. Haji Abdullah Ismail telah dijemput khas untuk merasmikan Jualan Penghabisan Stok Al-Ikhsan Sports yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Temerloh Jaya.


Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa oleh mantan Bendahari MTTJ, Tuan Haji Hassan Samadi, sebelum diteruskan dengan ucapan ringkas oleh wakil pihak pengurusan Al-Ikhsan mengenai tujuan serta pengisian program jualan tersebut. Acara kemuncak diteruskan dengan simbolik pemotongan reben oleh Dr. Haji Abdullah. Turut hadir memeriahkan majlis ialah beberapa Ahli Jawatankuasa serta pegawai masjid.


Jualan Penghabisan Stok Al-Ikhsan Sports menawarkan potongan harga sehingga 80 peratus kepada para pengunjung. Program ini bermula pada 30 September dan dijadualkan berakhir pada 5 Oktober.


Sementara itu, Dr. Haji Abdullah berkata, pemilihan Dewan Serbaguna Taman Temerloh Jaya sebagai lokasi jualan memberikan impak positif kepada semua pihak. Beliau menjelaskan bahawa kehadiran pengunjung amat memberangsangkan, khususnya selepas solat Isyak, melibatkan ramai jemaah MTTJ.


Tambah beliau lagi, kedudukan dewan yang bersebelahan Masjid Temerloh Jaya turut memberi manfaat apabila para pengunjung dari luar berpeluang menunaikan solat berjemaah bersama para jemaah MTTJ.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama