Kunjungan Syeikh Dr. Muhammad Sayyid al-Hanbali al-Azhari ke MTTJ


9 Februari 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) sekali lagi menjadi tumpuan pada malam ini apabila menerima kunjungan istimewa daripada Dr. Syeikh Muhammad Sayyid al-Hanbali al-Azhari, yang juga Penasihat Am Jabatan Mufti Mesir.


Ketibaan tokoh pendakwah tersebut yang diiringi oleh YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, disambut mesra oleh Pengerusi Masjid, Dr. Haji Abdullah Ismail; Timbalan Pengerusi, Dato' Zainal Abidin Md Amin; Setiausaha masjid, En. Zulkanain Hashim; dan Bendahari Tuan Haji Hassan Samadi,  serta barisan AJK dan pegawai-pegawai masjid.


Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai Daerah Temerloh, Dato' Khairur Rizal Ramli; Qadhi Daerah Temerloh, Al-Fadhil Tuan Haji Abdul Aziz Abdul Karim; Ketua-ketua Jabatan Daerah dan Ketua-ketua Penolong Pengarah Bahagian JAIP.


Sejurus tiba, rombongan dibawa ke dewan solat untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama khariah masjid.


Majlis dimulakan dengan bacaan Wirdul Latif, Maulid dan Qasidah oleh kumpulan Firqah Nurul Huda Al-Hadi, dan diteruskan dengan upacara tahnik atau bedah mulut oleh Dr. Syeikh Muhammad Sayyid al-Hanbali untuk bayi-bayi dalam kalangan khariah MTTJ.


Seterusnya, YB Dato' Sri Syed Ibrahim menyampaikan ucapan alu-aluan dengan mengucapkan terima kasih kepada MTTJ atas kesudian menerima kunjungan mereka serta mengalu-alukan kehadiran Dr. Syeikh Muhammad Sayyid al-Hanbali.  


Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian tausiah oleh Dr. Syeikh Muhammad Sayyid al-Hanbali bertajuk Selamat Datang Ramadhan, yang memberikan peringatan serta motivasi kepada jemaah dalam menyambut bulan penuh keberkatan tersebut.


Dalam majlis yang sama, kemudiannya berlangsung penyampaian cek daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada beberapa persatuan dan agensi di daerah Temerloh. Cek tersebut disampaikan sendiri oleh YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.  MTTJ turut menerima sumbangan sebanyak RM50,000 dari kerajaan negeri bagi tujuan menaiktaraf bilik seminar dan kelas KAFA MTTJ.


MTTJ merupakan salah satu destinasi kunjungan Dr. Syeikh Muhammad Sayyid al-Hanbali sepanjang keberadaannya di Malaysia dari 6 hingga 16 Februari.


Acara diakhiri dengan jamuan makan untuk para tetamu dan jemaah selepas solat Isyak.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama