
16 Februari 2025 — En. Ahmad Zulkifli Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Pak Lang dalam kalangan khariah Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) , bersama dua rakannya, En. Dahalan Yahaya dan En.Zam Yahya, selamat tiba di Malaysia hari ini selepas menamatkan Misi Kembara Memburu Hikmah 4.0. "Road To Mecca"
Misi kembara Pak Lang bermula pada 9 Oktober tahun lalu dalam satu majlis pelepasan dari perkarangan MTTJ. Perjalanan yang mengambil masa 115 hari ini melibatkan jarak sejauh 6,000 kilometer merentasi beberapa buah negara, termasuk Thailand, India, Pakistan, Iran, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebelum mereka tiba di Tanah Suci dan melaksanakan ibadah umrah di sana.
Artikel Bekaitan
Kayuhan Kembara Memburu Hikmah 4.0, Road To Mecca
Majlis Pelepasan Kayuhan Kembara Hikmah 4.0, Road To Mecca
Majlis Meraikan Program Kayuhan Kembara Memburu Hikmah, di Kuala Lumpur
Catat Ulasan