9 Oktober 2024 — Pada tarikh yang bersejarah ini, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah mengadakan majlis Pelepasan Kayuhan Kembara Hikmah 4.0, bertemakan "Road to Mecca". Majlis ini bertujuan untuk meraikan dan memberikan penghormatan kepada En. Ahmad Zulkifle, yang akan memulakan misi kayuhan basikal merentas beberapa buah negara menuju ke tanah suci Mekah, satu perjalanan yang dijangka akan mengambil masa selama enam bulan.
Majls dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah Ismail. Beliau mengucapkan tahniah kepada En. Ahmad Zulkifle atas usaha murninya merentas beberapa negara menuju ke Mekah. Kepergian beliau bukan sahaja menjadi kebanggaan bagi pihak masjid, tetapi juga untuk negeri Pahang dan negara Malaysia amnya, kerana misi seperti ini sangat jarang dilakukan.
Dr. Abdullah turut memuji semangat luar biasa En. Ahmad Zulkifle, yang meskipun merupakan individu biasa, namun memiliki pemikiran global walaupun berakar lokal.
Menurut Dr. Abdullah lagi, terdapat beberapa sebab mengapa majlis ini diadakan bagi meraikan En. Ahmad Zulkifle;
- En. Ahmad Zulkifle membawa misi besar yang jarang dilakukan oleh orang lain.
- En. Ahmad Zulkifle adalah aset berharga kepada masjid, seorang yang sentiasa berbakti, terutamanya melalui penglibatannya dalam aktiviti memasak untuk program Ukhuwah Bulanan di MTTJ.
Dr. Abdullah menyatakan adalah wajar begitu ramai ahli khariah mengiringi En. Ahmad Zulkifle dengan doa restu agar perjalanannya selamat pergi dan kembali. Beliau juga berharap agar En. Ahmad Zulkifle turut sama mendoakan kesejahteraan seluruh kariah MTTJ, kerana doa seorang musafir adalah antara doa yang mustajab. Dr. Abdullah juga merakamkan penghargaan kepada semua jemaah serta para penyumbang untuk misi tersebut, sebelum menyerahkan sumbangan terakhir dari Tabung Subuh kepada En. Ahmad Zulkifle.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Imam Haji Hussin Mohamed, Imam MTTJ, yang mendoakan keselamatan En. Ahmad Zulkifle dan rakan-rakannya dalam perjalanan mereka.
Akhirnya, dalam kesempatan yang diberikan untuk beliau memberikan ucapan, En. Ahmad Zulkifle mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang diberikan oleh semua pihak. Beliau juga meminta agar didoakan keselamatan sepanjang perjalanannya dan menyatakan beliau turut mendoakan kesejahteraan MTTJ agar terus maju ke hadapan.


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)








Catat Ulasan