10 Oktober 2024 — Bertempat di Lot 1401, Pavillion NRES, Hall 1, KLCC, Setiausaha Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Temerloh Jaya (MTTJ) En. Zulkanain Haji Hashim telah mewakili MMTJ membuat pembentangan di Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko-Malaysia (IGEM 2024).
Pembentangan ini adalah susulan jemputan yang diterima daripada penganjur persidangan iaitu Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC) sebagai penganjur bersama selain Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Tajuk pembentangan adalah "Kelestrian Institusi Masjid: Peranan Masjid Dalam Pembangunan Ummah", yang menyentuh peranan masjid dalam menyokong pembangunan masyarakat dari sudut kelestarian alam sekitar dan pemerkasaan ummah dan bukan pusat ibadat semata-mata.
IGEM 2024 berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober 2024, dengan pembukaan rasmi oleh Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Dato' Sri Huang Tiong Sii. Persidangan ini menghimpunkan lebih 480 pempamer dari 48 buah negara yang mempamerkan pelbagai teknologi hijau dan produk mesra alam.










Catat Ulasan