
Tarikh | Penceramah | Tajuk |
---|---|---|
16/02/2025 | Ustaz Dr. Hasbullah Mohamad | — |
ANCAMAN DAN KESAN MENCURI
Sumber Haram Akan Dihumban ke Dalam Neraka
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh daripada harta yang haram, dan setiap daging yang tumbuh daripada hasil haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya." (HR.Tirmizi no.614 & Ahmad)
Dalam Islam, perbuatan mencuri dikecam dan dianggap sebagai satu jenayah yang serius. Berdasarkan takrif mencuri, ia bermaksud mengambil hak orang lain secara sembunyi-sembunyi dan tanpa izin. Dalam skop yang lebih luas, perbuatan mencuri juga merangkumi:
Hukuman Terhadap Pencuri
Dalam Islam, mencuri adalah salah satu dosa besar yang
dilarang oleh Allah SWT. Hukuman bagi pencuri yang sabit kesalahan adalah
sangat berat kerana melanggar prinsip maqasid syariah yang lima, termasuk
pemeliharaan harta.
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidaklah seorang pezina berzina dalam keadaan dia beriman, tidaklah seorang pencuri mencuri dalam keadaan dia beriman, dan tidaklah seorang peminum arak meminum arak dalam keadaan dia beriman." (HR. Bukhari no.6810 & Muslim no.57)
Hukum Hudud
Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditetapkan
oleh Allah dan tidak boleh dipinda atau dimaafkan setelah disabitkan kesalahan.
Berbeza dengan hukum qisas, hukum hudud tidak boleh diubah mengikut kehendak
manusia.
Firman Allah SWT:
"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai balasan terhadap apa yang mereka telah lakukan dan sebagai hukuman daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma’idah: 38)
Kesan Perbuatan Mencuri
Menghilangkan Keberkatan Hidup : Harta yang diperoleh secara haram tidak akan berkat.
Merosakkan Kepercayaan Masyarakat : Mencuri membawa kepada perpecahan dan ketidakstabilan sosial.
Menimbulkan Kemiskinan dan Kesengsaraan : Ekonomi masyarakat akan terjejas apabila jenayah mencuri berleluasa.
Menghilangkan Harga Diri dan Maruah : Pencuri dianggap sebagai individu yang tidak boleh dipercayai.
Mendorong Jenayah Lain : Perbuatan mencuri boleh membawa kepada jenayah lain seperti penipuan, rompakan, dan pembunuhan.
Mencuri bukan sahaja merupakan dosa besar dalam Islam,
tetapi juga memberi kesan buruk kepada masyarakat dan individu. Oleh itu, umat
Islam harus menjauhi perbuatan ini serta mencari rezeki yang halal agar hidup
diberkati oleh Allah SWT.










Catat Ulasan