6 Februari 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), sekali lagi meriah menerusi program Ukhuwah Bulanan MTTJ yang berlangsung pada malam ini. Program yang diadakan setiap Khamis minggu pertama ini merupakan inisiatif pihak masjid dalam menyantuni para jemaah yang hadir.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh imam masjid, sebelum disusuli dengan solat Isyak secara berjemaah.
Sebagai pelengkap kepada program Ukhuwah Bulanan, Team Dapur MTTJ telah menyediakan jamuan istimewa berupa daging masak cili api untuk semua hadirin, yang akan dihidangkan di foyer masjid. Pada hari ini, seekor lembu telah dikorbankan bagi tujuan jamuan ini.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah mengimarahkan institusi masjid sebagai pusat perpaduan dan aktiviti kemasyarakatan.




Catat Ulasan