Penghantaran Katil Mudah Laras ke Jalan TJ 8/10, Taman Temerloh Jaya


5 Mei 2025 — Satu penghantaran katil mudah laras telah dilaksanakan oleh Biro Kebajikan dan Sosial (BKS), Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) pada petang ini di alamat Jalan TJ 8/10, Taman Temerloh Jaya. Katil tersebut diserahkan kepada Siti Hamidah Binti Saad, yang sedang menghidap penyakit angin ahmar (stroke) dan mengalami pendarahan dalam otak.


Penghantaran bermula sekitar jam 6.00 petang dan selesai pada jam 6.30 petang. Antara yang terlibat dalam penghantaran ialah En. Manaff Safien, En. Jasni Ismail, En. Azmi Ahmad, dan En. Borhan Mohd Marzuki.


Pengerusi BKS MTTJ, En. Ab. Manaff Safien, berharap Semoga dengan adanya katil mudah laras ini akan memberi keselesaan kepada Puan Siti Hamidah. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AJK BKS yang terlibat dan juga kepada AJK MTTJ, En. Hamdan kerana turut membantu proses penghantaran.


Inisiatif ini merupakan satu usaha BKS bagi membantu golongan yang memerlukan, khususnya pesakit dalam kariah MTTJ dan komuniti setempat.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama