Program Ukhuwah Bulanan MTTJ (1 Mei 2025)


1 Mei 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) terus mengimarahkan ukhuwah dalam kalangan jemaah menerusi Program Ukhuwah Bulanan yang diadakan pada malam 1 Mei 2025, bertepatan dengan sambutan Hari Pekerja.


Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, disusuli bacaan Surah Yassin dan Tahlil Perdana yang dipimpin oleh Imam Nasrullah Abd Ghani.


Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah Ismail turut menyampaikan tazkirah ringkas. Beliau menegaskan bahawa inti utama program ini bukan sekadar pada jamuan, tetapi lebih kepada memupuk semangat kebersamaan dan memperkukuh ikatan sesama jemaah. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Team Dapur MTTJ yang diketuai oleh Bilal Haji Jamaludin atas komitmen menyediakan juadah untuk para jemaah.


Solat Isyak berjemaah menyusul selepas itu, dengan kehadiran jemaah yang memenuhi ruang solat utama. Program diakhiri dengan jamuan perdana yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh ukhuwah.





Untuk gambar penuh sila klik link d bawah


Gambar beresolusi tinggi, sila tunggu sehingga ia selesai dimuatkan.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama