Lawatan Penanda Aras, 19 Julai 2025 (Masjid Taj Al Falah, Taman Tangkak Jaya 2, Tangkak, Johor)



19 Julai 2025 —  Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya hari ini menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Masjid Taj Al Falah, Taman Tangkak Jaya 2, Tangkak, Johor.


Rombongan seramai 40 orang itu telah dibawa ke Bilik Seminar MTTJ untuk sesi taklimat Penanda Aras.


Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah Ismail, yang mengalu-alukan kehadiran rombongan serta berkongsi harapan agar hubungan silaturahim antara kedua-dua masjid terus erat dan bermanfaat.


Sesi taklimat penanda aras kemudiannya disampaikan oleh Tuan Haji Hafizan Samadi, Ketua Skuad Penyambut Tetamu MTTJ, yang berkongsi amalan standard yang dilaksanakan oleh MTTJ sehingga berjaya meraih banyak pengiktirafan di peringkat negeri dan kebangsaan.


Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Tuan Haji Zulkanain Hashim, Setiausaha dan Puan Norsiah Luchman, Pembantu Tadbir Masjid.


Lawatan ini diadakan bagi berkongsi pengalaman dan idea dalam pengurusan masjid yang lebih efektif, seterusnya memantapkan lagi fungsi masjid sebagai pusat komuniti yang proaktif dan inklusif.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama