Program Ukhuwah Bulanan MTTJ ( 4 September 2025)



4 September 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) seperti biasa telah mengadakan Program Ukhuwah Bulanan pada malam ini yang merupakan rutin bulanan pada setiap hari Khamis minggu pertama setiap bulan. Istimewanya malam ini ia bertepatan dengan Maulidur Rasul 1447H. 


Majlis dimulakan sejurus selepas azan Maghrib berkumandang, di mana para jemaah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Kemudian, diikuti dengan solat sunat Hajat serta bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Imam Nasrullah Abd Ghani.


Majlis diteruskan dengan para jemaah bersama-sama mengalunkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W bagi menzahirkan rasa cinta dan kasih kepada baginda. Seterusnya, para jemaah mendirikan solat Isyak bersama-sana sebelum majlis diakhiri dengan jamuan perdana yang telah disediakan oleh sukarelawan Dapur MTTJ.


Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan jemaah, tetapi juga menjadi platform untuk mengimarahkan masjid dan menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul. Pihak MTTJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jemaah yang hadir serta sukarelawan yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.



0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama