Doa Kesembuhan Buat Imam Nasrullah



1 Disember 2025 — Pada petang ini, Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), bersama En. Nasran Hussin telah menziarahi Imam Nasrullah Abd Ghani yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.


Keadaan kesihatan beliau masih dalam pemantauan dan punca sebenar belum dapat dipastikan.


Pihak masjid dan komuniti setempat mendoakan agar Imam Nasrullah diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan rawatannya.


Kredit Gambar: BKS MTTJ
Kredit Gambar: En.Mazlan Hanfiah

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama