MTTJ Anjur Kem Cinta Solat dan Sunnah



29 Disember 2025 – Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), menganjurkan Kem Cinta Solat dan Sunnah yang berlangsung sehingga 30 Disember 2025. Program yang bermula pada hari ini diadakan dari 8.00 pagi hingga 3.00 petang, melibatkan pengisian rohani dan penghayatan amalan solat serta sunnah Nabi secara berperingkat dan berfokus.

Program yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan memupuk kecintaan terhadap solat serta menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam kalangan peserta, khususnya generasi muda. Kem ini dirangka secara menyeluruh dengan pengisian yang seimbang merangkumi aspek rohani, ilmu dan aktiviti fizikal.

Antara pengisian utama yang disediakan termasuk slot motivasi, pengukuhan solat dan bacaan, sukan sunnah (memanah), asas pengurusan jenazah serta aktiviti permainan dalaman (indoor games). Kesemua pengisian ini dirancang bagi membentuk kefahaman yang betul tentang ibadah solat di samping membina sahsiah dan jati diri peserta.

Kem ini dirasmikan oleh Dr. Hj. Abdullah bin Hj. Ismail, selaku Pengerusi MTTJ. Pihak masjid berharap program ini dapat memberi impak positif serta menjadi platform pendidikan berterusan dalam melahirkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama