Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

10 Zulhijjah

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

Majlis Pengumuman dan Penyerahan Slip Keputusan Peperiksaan UPKK 2025



26 Februari 2025 — Seramai 48 calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2025 daripada KAFA Imtiyaz, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) diraikan dalam Majlis Pengumuman dan Penyerahan Slip Keputusan Peperiksaan UPKK 2025 yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, bermula jam 2.45 petang hari ini.


Majlis tersebut menghimpunkan murid-murid, ibu bapa serta tenaga pengajar sebagai tanda penghargaan atas usaha dan komitmen sepanjang mengikuti pembelajaran KAFA.


Daripada keseluruhan 48 calon yang menduduki peperiksaan, seramai sembilan murid berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A. Selain itu, sembilan calon mencatat keputusan 8A 1B, empat calon memperoleh 7A 2B, manakala tujuh calon meraih 6A 3B.


Dua calon pula mencatat 5A 4B, seorang memperoleh 4A dan 16 calon mencapai keputusan 3A.


UPKK menilai sembilan mata pelajaran utama iaitu al-Quran, Akidah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Ibadah, Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) serta Amali Solat.


Taklimat serta pengumuman keputusan UPKK 2025 telah disampaikan oleh Guru Besar KAFA Imtiaz, Ustazah Fazidah Kamarudin. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian calon-calon UPKK 2025 yang berjaya meningkatkan prestasi keseluruhan sekali gus memperkukuh kedudukan serta ranking KAFA MTTJ pada tahun ini.


Sementara itu, Pengerusi KAFA Imtiyaz MTTJ yang juga Setiausaha masjid, Haji Zulkanain Hashim, menzahirkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian 48 calon yang disifatkan amat membanggakan. [Ucapan Penuh]


Beliau merakamkan penghargaan kepada murid, ibu bapa dan guru-guru atas komitmen serta usaha berterusan sehingga membuahkan keputusan cemerlang, selain berharap kejayaan tersebut menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi dan membentuk generasi berilmu serta berakhlak mulia.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama