INFO
Sedang memuatkan jadual terkini...
```

Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

10 Zulhijjah

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

BKS MTTJ, MyFundAction Agih 50 Kotak Keperluan Kepada Penerima Layak di Komuniti Temerloh Jaya


13 Oktober 2024 — Biro Kebajikan & Sosial (BKS) Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh (MTTJ) telah menyampaikan 50 kotak keperluan asas kepada 50 penerima yang layak dari komuniti Temerloh Jaya (Temerloh Jaya, Temerloh Makmur, Temerloh Jaya Indah, Kampung Tualang). 


Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bulanan BKS dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction, bertujuan meringankan beban golongan yang memerlukan. Setiap kotak bantuan yang diagihkan mengandungi barangan asas bernilai RM100. Proses pemilihan penerima dilakukan dengan teliti melalui tapisan yang dikendalikan oleh pihak BKS bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan ini. Golongan sasaran penerima terdiri daripada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), serta isi rumah yang mempunyai tanggungan ramai dan berkemungkinan layak menerima bantuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan. 


Menurut Puan Sharifah Norisham Syed Abdullah, selaku Setiausaha BKS, MyFundAction telah menjalinkan kerjasama erat dengan BKS MTTJ sejak tiga tahun yang lalu. Dalam setiap program anjuran MTTJ, MyFundAction sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan penuh terhadap usaha tersebut. Kepercayaan dan kerjasama ini terjalin erat kerana Biro Kebajikan & Sosial MTTJ amat aktif melaksanakan misi kemanusiaan, khususnya di komuniti Temerloh Jaya, bagi memastikan kebajikan komuniti setempat sentiasa terpelihara.

Lazy Image
Puan Sharifah (kiri) bersama dengan salah seorang penerima pek bantuan

Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama