14 Oktober 2024 — Biro Kebajikan & Sosial MTTJ (BKS), dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, telah menghantar sebuah katil mudah alih dan kerusi roda multifungsi kepada Puan Saudah Sidek di Taman Temerloh Makmur pada hari ini. Penyerahan tersebut diketuai oleh Pn.Sharifah Norisham sekali Setiausaha BKS dan dan beberapa orang AJK yang lain.
Sumbangan ini diberikan berikutan keadaan Pn.Saudah yang mengalami patah pada kedua-dua belah kaki, dan sangat memerlukan peralatan sokongan seperti katil dan kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.
Untuk rekod, pada awal penubuhannya, BKS hanya memiliki sebuah katil sahaja. Namun, jumlah tersebut kini telah meningkat kepada 30 katil. Di samping itu, BKS turut menyediakan pelbagai peralatan sokongan lain untuk membantu pesakit dalam komuniti yang memerlukan. Kebanyakan peralatan ini merupakan sumbangan wakaf daripada ahli komuniti Taman Temerloh Jaya sendiri.
Catat Ulasan