2 Oktober 2024 — Pada petang ini, pihak KRT TJ Indah yang mewakili Biro Kebajikan MTTJ telah mengadakan ziarah ke rumah En. Iman Khairi di Taman Temerloh Jaya Indah.
En. Iman Khairi ahli komuniti TJ Indah yang berada dalam keadaan yang memerlukan bantuan kerana beliau dan isteri tidak bekerja buat masa ini. En. Iman kini dalam proses mencari pekerjaan.
Pihak KRT Taman Temerloh Jaya Indah yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi, En. Norsafari Awang dan Bendahari En.Norazihan Mohammed turut menyampaikan sumbangan dari Biro Kebajikan MTTJ dan sumbangan tunai dari KRT TJ Indah untuk meringankan beban En. Iman sekeluarga.









Catat Ulasan