7 Oktober 2024 — Pada pagi ini, Biro Kebajikan Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah mengadakan empat ziarah singkat ke rumah ahli kariah yang sedang diuji oleh Allah S.W.T.
Ziarah ini diketuai oleh Pengerusi Biro Kebajikan MTTJ, Encik Abdul Manaf. Turut hadir ialah Puan Baity Al-Khaireed, Setiausaha Biro Kebajikan, Encik Mazlan Hanfiah, Pengerusi KRT TJ Indah merangkap AJK Biro Kebajikan MTTJ, serta beberapa ahli jawatankuasa yang lain.
Ziarah dimulakan dengan lawatan ke rumah waris Arwah Abu Sufian Jaafar (TJ 1/10), yang telah meninggal dunia pada 30 September 2024, diikuti dengan kunjungan ke rumah Arwah Ibrahim Che Alias (TM 6/3), yang meninggal dunia pada 6 Oktober 2024.
Seterusnya, rombongan Biro Kebajikan menziarahi dua lagi rumah ahli kariah yang sedang diuji dengan kesakitan, iaitu Encik Nazri Abd Manan, yang menjalani pembedahan kaki akibat kencing manis, dan Imam Jaffri Ibrahim, yang mengalami masalah slip disc. Kedua-duanya merupakan penduduk Taman Temerloh Jaya Indah. Dalam ziarah tersebut, Biro Kebajikan turut menyerahkan sedikit sumbangan kepada keluarga-keluarga ini bagi meringankan beban mereka. Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Encik Abdul Manaf selaku Pengerusi Biro Kebajikan MTTJ.


.jpeg)






Catat Ulasan