Kuliah Maghrib 4 November 2024, Ustaz Muhammad Faiz Syahmi Shahabuddin

Tarikh Penceramah Tajuk
4 November 2024 Ustaz Muhammad Faiz Syahmi Shahabuddin Tuhfah Ar Raghibin


Sungguh ajaib urusan orang mukmin, semua urusannya adalah baik, dan tidak ada seperti itu melainkan mukmin sahaja. Jika ditimpa kesenangan ia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika ditimpa kesusahan pula ia bersabar maka itu baik juga untuknya". — HR. Muslim no.2999

Dicontohkan sendiri oleh Nabi SAW. Apabila lapar, baginda bersabar dan apabila kenyang baginda akan bersyukur. Nabi pernah menangis ketika mendapat makanan, baginda risau akan ditanya tentang nikmat tersebut. Selain itu, manusia juga akan ditanya tentang ilmu. Adakah mereka sudah mengamalkan dan menyebarkan ilmu tersebut. Umat Islam seharusnya berusaha menyebarkan ilmu kerana Islam adalah agama yang benar, dan ia seharusnya disebarkan, paling tidak kepada keluarga sendiri, sebagaimana firman Allah; "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu". (QS. At-Tahrim: 6) 

HAKIKAT KEIMANAN 
 Apa yang ada dalam hati, dan membenarkan. 

IMAM ABU HANIFAH 
Imam Abu Hanifah, seorang ulama yang kaya dan dihormati, berasal dari keluarga yang mulia—ayahnya seorang saudagar kain sutera. Imam Abu Hanifah pernah memberikan elaun kepada anak muridnya yang berpotensi tetapi kurang berkemampuan dari segi kewangan. Selain itu, kehebatan ilmu Imam Abu Hanifah diakui ramai, termasuk Imam Malik, yang pernah memuji kekuatan hujahnya. Ketika Imam Abu Hanifah meninggal dunia, ribuan umat Islam berkumpul untuk solat jenazahnya, dikatakan lebih 50,000 orang mensolati jenazah beliau. Hingga kini Mazhab Hanafi yang diasaskannya telah menjadi mazhab yang paling besar dan banyak tersebar di seluruh dunia. 

Kisah Imam Abu Hanifah Dengan Atheis 
Seorang atheis mendakwa alam ini terjadi dengan sendirinya tanpa pencipta. Imam Abu Hanifah, dalam kebijaksanaannya, bertanya sama ada mereka percaya atau tidak yang sebuah kapal boleh muncul dan berlayar dengan sendirinya. Apabila atheis orang itu menolak, kerana ia tidak masuk akal, Imam Abu Hanifah menjelaskan bahawa, jika kapal pun memerlukan pencipta, apatah lagi alam semesta yang jauh lebih kompleks. Jawapan Imam Abu Hanifah telah membungkam orang atheis tersebut.
 
Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama