5 November 2024 — KOOP Niaga Masjid Temerloh Jaya telah mengadakan program Jualan Rahmah dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, pada pagi ini bertempat di Parkir B Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ).
Pengunjung berpeluang untuk mengakses pelbagai produk dengan harga berpatutan. Kebanyakan barangan yang dijual adalah barangan asas harian seperti telur, minyak masak, tepung, gula, bawang, ikan bilis, beras dan banyak lagi, yang ditawarkan dengan harga diskaun sehingga 30% lebih murah daripada harga pasaran.
Jualan Rahmah ini dijadualkan bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, tetapi terpaksa diawalkan setengah jam, iaitu kepada pukul 9.30 pagi, kerana kehadiran pengunjung yang terlalu ramai.
Catat Ulasan