Kuliah Maghrib 5 November 2024, Ustaz Mohd Asri Awang

Tarikh Penceramah Tajuk
5 November 2024 Ustaz Mohd Asri Awang Fiqh Manhaji Mazhab Shafie

Sutrah 
Sutrah ialah sesuatu yang diletakkan di hadapan orang yang sedang solat sebagai pembatas atau halangan. Jarak sutrah dikira bermula dari tumit kaki hingga kira-kira 3 hasta ke depan. Sutrah merupakan amalan sunnah kerana Nabi SAW sendiri menggunakan lembing/tombak yang dipacakkan di tanah untuk dijadikan sutrah sewaktu baginda solat. 

Pada zaman ini tongkat boleh dijadikan sutrah dengan cara melintangkannya di atas garisan tapak kaki (pada karpet) di hadapan. Hukum orang yang lalu dengan sengaja di dalam ruang sutrah adalah haram dan orang yang sedang solat berhak menghalang laluan tersebut dengan tangannya. Bagi orang yang sedang solat pula hukumnya makruh solat di ruang yang luas yang menjadi laluan orang tanpa meletakkan sutrah. Malah mereka boleh dikatakan sebagai cuai kerana tidak berusaha membuat halangan antara kawasan solatnya dengan laluan orang ramai. Namun hal ini tidak terpakai sewaktu berada di Mekah atau ketika solat di Masjidilharam yang penuh sesak dengan manusia. 

Alternatif Sutrah 
Sutrah mengikut kebiasaanya haruslah setinggi satu hasta. Namun jika di dalam masjid tidak terdapat sebarang alat untuk dijadikan sutra, seseoang itu boleh menggunakan tiang (seperti tiang di foyer masjid), dan dinding sebagai sutrah. 

Badan manusia juga boleh dijadikan sutrah dengan cara seseorang itu solat menghadap belakang orang di hadapannya. Selain itu, tongkat juga boleh dijadikan sebagai sutrah dengan cara membaringkannya di atas garisan tapak kaki di hadapan pada karpet. Malah jika langsung tiada apa-apa yang boleh dijadikan sutrah, maka garisan tapak kaki pada karpet tersebut sudah memadai untuk dijadikan sutrah. 

Kepentingan Sutrah 
  • Ianya merupakan pekara sunnah yang dilakukan oleh baginda sendiri.
  • Sutrah dapat menerbitkan perasaan kusyuk ketika solat.
  • Sutrah dapat memberi ruang kepada orang lain untuk lalu di kawasan yang perlu dilalui.

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama