Waktu antara Maghrib dan Isyak adalah waktu yang sangat berharga untuk diisi dengan amalan-amalan bermanfaat. Menggunakan waktu ini dengan beriktikaf di masjid, mendengar majlis ilmu, atau melakukan zikir dan selawat adalah antara amalan yang disarankan. Amalan seperti tasbih, tahlil, tahmid, dan selawat akan menjadi bekalan kita apabila bertemu dengan Allah SWT kelak.
Masjid adalah tempat yang sangat mulia dalam Islam. Hanya dengan masuk dan duduk beriktikaf di dalamnya, seseorang sudah mendapat pahala. Majlis ilmu di masjid juga memainkan peranan penting untuk mendalami ilmu agama, terutama sekali dalam memahami ajaran-ajaran Islam secara lebih mendalam. Harapan kita adalah semoga setiap amalan yang dilakukan pada waktu ini menambah catatan kebaikan di sisi Allah SWT.
Dalam Al-Quran, Allah SWT menggambarkan penyesalan manusia di akhirat kelak, apabila mereka meminta untuk kembali ke dunia untuk melakukan amal kebajikan, khususnya amalan sedekah.
Firman Allah SWT dalam Surah As-Sajdah, ayat 12: “Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), niscaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang-orang yang yakin.”
Hisab Diri Sebelum Dihisab
Saidina Umar RA pernah menasihatkan agar kita sentiasa menghisab diri sebelum kita dihisab di akhirat. Setiap Muslim dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan kebajikan dengan harapan mendapat keredhaan Allah SWT. Semoga kita semua dipandu oleh Allah untuk mencintai kebaikan dan menjauhi perkara-perkara maksiat. Tidak lupa, kita juga disarankan untuk sentiasa memohon ampun kepada Allah atas segala dosa yang telah dilakukan.
Rukun Iman
Rukun Iman adalah asas yang wajib diyakini setiap Muslim, sebagaimana pentingnya rukun dalam solat. Antaranya adalah:
Rukun Iman adalah asas yang wajib diyakini setiap Muslim, sebagaimana pentingnya rukun dalam solat. Antaranya adalah:
Percaya kepada Allah
Rukun pertama ini menekankan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah SWT. Kita harus yakin kepada kewujudan, keesaan, dan kekuasaan mutlak Allah sebagai pencipta dan pengatur alam. Tiada campur tangan manusia dalam ketentuan Allah. Sebagai contoh, ketika anak Rasulullah SAW, Ibrahim, meninggal dunia dan terjadi gerhana matahari, masyarakat ketika itu mengaitkan gerhana tersebut dengan kematian Ibrahim. Namun, Rasulullah SAW menegaskan bahawa gerhana tersebut adalah ketentuan Allah dan tidak ada kaitan dengan kematian anak baginda.

Tauhid Rububiyyah: Keyakinan bahawa Allah itu satu-satunya yang berkuasa dalam segala perbuatan-Nya, iaitu sebagai pencipta, pengatur alam semesta, penguasa segala sesuatu tanpa campur tangan manusia.Tauhid Uluhiyyah: Keyakinan bahawa hanya Allah yang berhak disembah dan segala bentuk ibadah harus ditujukan hanya kepada-Nya. Ibadah tidak boleh dilakukan untuk selain Allah.Tauhid Asma wa Sifat: Keyakinan terhadap nama dan sifat-sifat Allah.
Percaya kepada Malaikat
Setiap Muslim harus yakin akan kewujudan malaikat sebagai makhluk Allah yang sangat taat menjalankan perintah-Nya. Terdapat sepuluh malaikat utama yang wajib diimani iaitu Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, Munkar, Nakir, Raqib, Atib, Malik dan Riduan. Bilangan malaikat sangat banyak dan malaikat juga mempunyai tempat tumpuan ibadah mereka, iaitu di Baitul Makmur, yang dianggap sebagai Kaabah bagi para malaikat.

Percaya kepada Nabi dan Rasul
Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi terakhir dan penutup bagi semua nabi. Syariat umat pada hari ini adalah syariat Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi terakhir dan penutup bagi semua nabi. Syariat umat pada hari ini adalah syariat Nabi Muhammad.
Percaya kepada Kitab-Kitab Allah
Kitab Al-Quran dijamin dan dipelihara oleh Allah SWT dan tidak dapat diubah hingga ke hari kiamat.
Kitab Al-Quran dijamin dan dipelihara oleh Allah SWT dan tidak dapat diubah hingga ke hari kiamat.
bersambung
Gambar-Gambar

Nota
Catat Ulasan