
7 November 2024 — Program Ukhuwah Bulanan Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) terus mendapat sambutan menggalakkan dari ahli kariah walaupun kehadiran agak berkurang pada malam ini berikutan hujan lebat sejak petang.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah. Usai solat, majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil, dan disusuli dengan tazkirah ringkas oleh Pengerusi MTJJ, Dr. Haji Abdullah Ismail. Setelah tazkirah, para jemaah bersama-sama mendirikan solat Isyak secara berjemaah sebelum ke acara jamuan perdana.
Pada malam ini, pihak masjid menyediakan hidangan istimewa iaitu ayam masak kurma. Sebanyak 50 ekor ayam telah dimasak dan dihidangkan bersama juadah lain yang disediakan khusus untuk para hadirin.
Program Ukhuwah Bulanan MTTJ ini diadakan pada malam Jumaat minggu pertama setiap bulan. Inisiatif ini diharapkan dapat terus memupuk semangat persaudaraan dan kesatuan dalam kalangan ahli kariah MTTJ.

Gambar-Gambar


Video
Catat Ulasan