
Puji-pujian kepada Allah
- Puji-pujian kepada Allah kerana memberikan kesihatan kepada semua hadirin.
- Kita harus bersyukur kepada Allah yang mengurniakan segala nikmat, seperti pancaindera pendengaran, penglihatan, dan hati.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran, penglihatan, serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur."— Surah Al-Nahl, ayat 78.
Allah juga menegaskan dalam Surah Al-Mulk:
"Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur."— Surah Al-Mulk, ayat 23.
Amalan-amalan yang boleh diamalkan sebelum tidur sebagaimana yang disarankan dan dicontohkan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW:
Amalan | Dalil |
---|---|
Berwuduk Sebelum Tidur | |
Membaca Surah Al-Kafirun | Dari Farwah bin Naufal, dari ayahnya, bahawa Nabi SAW bersabda kepada Naufal, “Bacalah ‘Qul ya ayyuhal kafirun’ (Surah Al-Kafirun). Lalu tidurlah sesudah engkau selesai membacanya. Sungguh itu adalah bentuk berlepas diri dari kesyirikan.” — (HR. Abu Daud. Isnad hadis ini dinilai sahih oleh Al-Hakim dan Ibn Hajar). |
Bertasbih | Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah jika aku ajarkan kamu berdua apa yang lebih baik daripada yang kamu berdua minta? Apabila kamu mahu tidur, bertakbirlah 34 kali, tasbih 33 kali, dan tahmid 33 kali. Itu lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang pembantu". — (HR. Bukhari, Kitab Fadhail Ashab an-Nabiy, no. 3705). |
Membaca Surah Al-Isra' dan Surah Az-Zumar | Hadis Ummul Mu’minin ‘Aisyah r.a, beliau mengatakan; “Nabi SAW tidak tidur hingga baginda membaca (Surah) Bani Israil (Al-Isra') dan Az-Zumar”. — (HR. Tirmidzi, beliau berkata hadis ini hasan dan dihasankan oleh Ibn Hajar dalam Nataijul Afkar, 3/65). |
Istighfar | Nabi SAW bersabda: "Barang siapa ketika menuju tempat tidurnya mengucapkan: ‘ASTAGHFIRULLAAHAL 'AZHIIM ALLADZII LAA ILAAHA ILLAA HUWAL HAYYUL QAYYUUM WA ATUUBU ILAIH’ sebanyak tiga kali maka Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun seperti buih lautan, walaupun sebanyak daun pohon, walaupun sebanyak kerikil, walaupun sebanyak hari-hari di dunia". — (HR. Tirmidzi no. 3319, hadis ini hasan gharib menurut Abu Isa). |
Kalimah Tammah | “Barangsiapa yang tiba di suatu tempat, lalu dia membaca: ‘Ø£َعُوذُ بِÙƒَÙ„ِÙ…َاتِ اللهِ التَّامَّاتِ Ù…ِÙ†ْ Ø´َرِّ Ù…َا Ø®َÙ„َÙ‚َ’, maka dia tidak akan ditimpa mudharat sehinggalah dia keluar daripada tempat tersebut". — (HR. Muslim no. 2708, Tirmidzi no. 3437, Ibnu Majah no. 3574, HR. Bukhari no. 3371). |
Ayat Akhir Surah Al-Hasyr | Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi ï·º bersabda: “Sesiapa membaca ketika bangkit subuh ‘A’uuzubillahis-Sami’il-‘alimi-Minas-Syaitanir-Rajim’, kemudian membaca tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr, maka Allah Ø³Ø¨ØØ§Ù†Ù‡ وتعالى mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang, dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid". — (HR. Tirmidzi no. 2846, hadis ini dinilai dhaif oleh Albani, dan Abu Isa mengatakan hadis ini gharib). |
Pengajaran
- Bersyukur atas nikmat Allah - Allah mengurniakan pelbagai nikmat seperti pendengaran, penglihatan, dan hati kepada manusia agar mereka sentiasa bersyukur.
- Kepentingan mengamalkan amalan sebelum tidur - Rasulullah SAW mengajar beberapa amalan khusus sebelum tidur seperti berwuduk, membaca Surah Al-Kafirun, bertasbih, dan istighfar, yang membawa manfaat kepada rohani dan ketenangan.
- Membaca doa untuk keselamatan - Membaca kalimah tammah adalah amalan yang melindungi seseorang daripada bahaya di tempat yang didudukinya.
- Membaca Surah-surah tertentu sebelum tidur - Nabi SAW mengamalkan membaca Surah Al-Isra' dan Surah Az-Zumar sebelum tidur sebagai bentuk ibadah dan perlindungan.
- Amalan tasbih, tahmid, dan takbir sebelum tidur - Rasulullah SAW menganjurkan bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sebanyak 34, 33, dan 33 kali untuk kekuatan rohani yang lebih baik daripada pertolongan manusia.
- Memohon keampunan sebelum tidur - Membaca istighfar sebelum tidur dapat menghapuskan dosa-dosa walaupun sebanyak buih di lautan. Sila rujuk hadis bacaan istighfar di atas
- Mengulangi doa - Nabi SAW sering mengulangi doa baginda sebanyak tiga kali.
Gambar-Gambar










Nota

Catat Ulasan