11 Disember 2024 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya, pagi ini menerima kunjungan muhibah daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Temerloh selepas selesai Mesyuarat kali ke-3 AJK pertubuhan tersebut di bilik mesyuarat MTTJ.
Dalam sesi perjumpaan tersebut, Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah Ismail, berkesempatan berkongsi aspirasi dan visi pengimarahan MTTJ sebagai pusat perpaduan ummah dan pengembangan aktiviti dakwah komuniti.
Kunjungan ini diharap dapat memperkukuhkan hubungan antara MTTJ dan PERKIM Temerloh, selain membuka ruang kerjasama dalam penganjuran program-program bermanfaat kepada masyarakat setempat pada masa akan datang.










Catat Ulasan