BKS MTTJ Terima Sumbangan Kerusi Roda Wakaf

25 Januari 2025 — Biro Kebajikan dan Sosial (BKS), Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ), semalam menerima sumbangan kerusi roda wakaf daripada En. Hafize Hassan.  


Kerusi roda tersebut diserahkan sendiri oleh Encik Hafize kepada Pengerusi BKS MTTJ, En. Ab Manaff Safien.  


En. Hafize, yang juga merupakan menantu kepada Allahyarhamah Puan Hindun Md Taib, yang meninggal dunia pada hari semalam (25 Januari) mengucapkan terima kasih kepada pihak Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Masjid An-Najah atas bantuan dan kelancaran urusan pengurusan jenazah ibu mertuanya.  


Sementara itu, En. Ab Manaf yang mewakili MTTJ menyatakan penghargaan kepada En. Hafize atas sumbangan tersebut, yang akan dimanfaatkan oleh golongan memerlukan di komuniti Taman Temerloh Jaya.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama