
1 Februari 2025 — Komuniti Taman Temerloh Jaya berpeluang mendapatkan ikan patin, tilapia (sangkar Sungai Semantan) dan daging kerbau pada harga berpatutan dalam jualan khas yang diadakan di kawasan tempat letak kereta C, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) pada pagi ini.
Ikan patin dijual pada harga RM10 seekor dan tilapia RM19 seekor. Manakala daging kerbau ditawarkan pada harga RM35 sekilogram. Selain itu, tulang kerbau juga dijual dengan harga RM30 sekilogram.
Jualan dengan kerjasama Koperasi Khariah Masjid Temerloh Jaya ini bermula pada jam 7.03 pagi dan berakhir sehingga habis jualan.




















Catat Ulasan