Kuliah Maghrib 2 Februari 2025, Ustaz Ramizul Amin

Tarikh Penceramah Tajuk
03/02/2025 Ustaz Ramizul Amin

Nota Kuliah

Syukur kerana kita masih istiqamah dalam melakukan kebaikan. Melakukan kebaikan itu mudah. Solat, walaupun berat, tetap mudah untuk dilakukan. Namun, yang sukar adalah istiqomah. Melakukan sesuatu secara istiqomah adalah perkara yang paling disukai oleh Allah SWT. Kerana itu kita harus bersyukur jika dapat istiqamah melakukan kebaikan, kerana ia adalah sukar untuk dilakukan.


Jika kita perhatikan, ada individu yang telah menunaikan umrah sekali, dua kali, atau bahkan tiga kali, namun masih sukar untuk istiqamah ke masjid. Begitu juga dengan mereka yang telah menunaikan haji, tetapi selepas pulang, mereka tidak konsisten dalam solat berjemaah di masjid.


Bagi lelaki, solat berjemaah di masjid adalah yang paling utama kerana ia lebih besar pahalanya. Ada sesetengah orang berpendapat bahawa solat berjemaah bersama anak dan isteri di rumah itu sudah mencukupi. Ini adalah pandangan yang salah. Jika solat bersama isteri itu lebih baik, maka Rasulullah S.A.W. pasti akan memilih untuk berjemaah di rumah bersama isteri-isterinya mengikut giliran. Namun, Rasulullah S.A.W. tetap mendirikan solat berjemaah di masjid secara istiqomah.


Oleh itu, kita perlu bersyukur jika dapat istiqomah dalam beribadah, dan kita harus berdoa agar Allah S.W.T. mengizinkan kita mati dalam keadaan istiqomah serta dalam ketakwaan kepada-Nya. Setiap langkah kita ke masjid dikira sebagai ibadah. Misalnya, sebelum keluar rumah, kita berwuduk dan kemudian berdoa; Ø´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†ْ Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ Ù„َا Ø´َرِيكَ Ù„َÙ‡ُ ÙˆَØ£َØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†َّ Ù…ُØ­َÙ…َّدًا عَبْدُÙ‡ُ ÙˆَرَسُولُÙ‡ُ


kita sudah mendapat pahala. begitu juga masuk ke masjid dengan mendahulukan kaki kanan, juga dikira pahala. Duduk di dalam masjid dengan niat iktikaf juga diberi ganjaran oleh Allah SWT. Apabila Azan berkumandang, kita berdoa dan mengharapkan syafaat Rasulullah S.A.W, dengan cara berselawat terlebih dahulu sebelum berdoa. [Klik di sini untuk melihat doa selepas azan].


Apakah zikir terbaik selepas solat?
Selepas solat, biasakanlah berzikir dengan menyebut Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar sebanyak tiga puluh tiga kali setiap satu dan ditutup dengan - 
Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in qodir - atau Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahu Akbar 34x. 


Ini adalah zikir terbaik selepas solat kerana ia menghapuskan dosa. Selain itu, bacaan surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi juga boleh dibaca. Jika tidak mampu membaca kedua-duanya kerana kekangan masa, sekurang-kurangnya bacalah Ayat Kursi, kerana ia lebih afdhal.


Maka jagalah zikir selepas solat dan bacaan Ayat Kursi setiap kali selesai solat secara istiqamah kerana ia dapat menjadi asbab dosa kita diampunkan oleh Allah SWT.


Persoalan chop tempat dalam Majid
Dibolehkan meletakkan sejadah atau kunci sebagai tanda tempat, terutamanya jika seseorang perlu keluar sebentar dari masjid atas urusan tertentu.


Bagi seseorang yang sudah hadir ke masjid tetapi meminta orang lain menempah tempat untuknya, perkara ini juga dibolehkan kerana dia sudah pun berada di masjid.


Selain itu, banyak masjid menyediakan tempat khas untuk individu tertentu seperti VIP atau ulama, dan ini juga dibolehkan.


Namun, jika seseorang chop tempat secara tetap dengan meletakkan tanda atau sebagainya sedangkan dia tidak berada di masjid, maka perbuatan itu tidak dibenarkan.


Islam Agama Mudah
Baginda telah mengajarkan kita bahawa agama ini adalah mudah. Islam tidak membebankan umatnya dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan. Oleh itu, hendaklah kita mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan yang sederhana tetapi berterusan. Rasulullah SAW bersabda;

"Lakukanlah amal-amal yang kamu sanggup melaksanakannya, kerana sesungguhnya Allah tidak akan berpaling untuk memberi pahala sehingga kamu berpaling."—HR.Bukhari no.6465


Setiap Muslim seharusnya menjaga beberapa amalan utama dalam kehidupan seharian. Walaupun sedikit, tetapi dilakukan secara istiqomah. Sebagai contoh, solat sunat Tahajjud, walaupun hanya dilakukan dua rakaat pada setiap malam secara konsisten tetapi itu lebih baik dari melakukan berbelas rakaat pada satu malam, tetapi hanya dilakukan sebulan sekali.


Bulan Syaaban adalah bulan untuk memperbanyakkan ibadah sebagai persediaan untuk bertemu dengan Ramadan. Maka, marilah kita memperbanyakkan puasa sunat dan amal soleh supaya hati kita bersedia menghadapi bulan yang penuh keberkatan.

Rasulullah S.A.W. bersabda;

"Sesungguhnya agama ini mudah. Tidak ada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia akan tewas. Maka, perbaikilah amalan kalian, lakukan yang terbaik, dan bergembiralah. Bantulah diri kalian dengan beramal pada waktu pagi, petang, dan sebahagian malam."HR.Bukhari no.39


Hadis ini mengandungi beberapa perkara penting yang boleh diambil pelajaran:

  1. Jangan berlebih-lebihan dalam agama – Jika seseorang terlalu memaksakan diri dalam beribadah tanpa melihat kemampuannya, dia akhirnya akan merasa lemah dan meninggalkan amalannya.
  2. Perbetulkan amalan – Lakukan ibadah dengan cara yang betul (mengikut syariat) tanpa membebankan diri. Jika tidak mampu mencapai kesempurnaan, cuba lakukan yang terbaik. Buat setakat yang mampu dan terbaik. Jangan terlalu menyusahkan diri, tetapi tetaplah berusaha untuk melakukan yang terbaik.
  3. Jika tidak mampu melakukan secara sempurna, lakukanlah sekadar yang mampu – Allah tidak membebankan seseorang di luar kemampuannya.
  4. Bergembira dalam beribadah – Bergembira apabila tidak tertekan melakukan ibadah, dan bergembiran dengan ganjaran yang akan diperolehi dari amalan yang berterusan walaupun sedikit tetapi istiqomah daripada banyak tetapi ditinggalkan.


Pengajaran


Agama Itu Mudah 
Islam adalah agama yang penuh dengan kemudahan dan tidak membebankan penganutnya. Allah tidak mahu menyusahkan hamba-Nya, maka kita juga tidak seharusnya menyusahkan diri sendiri. Hadis menunjukkan bahawa Islam bukan agama yang sukar, tetapi bagi mereka yang menentang perintah Allah, mereka akan merasa susah.  

Larangan Berlebihan dalam Agama
Rasulullah SAW memberi amaran bahawa sesiapa yang terlalu melampau dalam agama akan menjadi letih dan akhirnya tidak mampu meneruskan amalan mereka. Islam mengajarkan supaya kita melakukan ibadah dengan kemampuan sendiri tanpa keterlaluan, seperti berpuasa setiap hari tanpa henti atau solat sepanjang malam tanpa tidur.  

Tidak Terlalu Keras dalam Hukum Agama 
Islam bukan agama yang menghukum, tetapi agama yang mendidik. Sebab itu, hukum hudud dan qisas ditetapkan dengan hikmah dan keadilan. Jangan terlalu keras dalam menghukum sehingga menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal.

Memperbetulkan Amalan
Kita perlu memperbetulkan amalan dengan cara yang benar dan sahih, bukan sekadar mengikut orang lain tanpa ilmu. Dalam agama, sesuatu hukum perlu berlandaskan dalil dan bukti. Seperti dalam sistem mahkamah, keputusan dibuat berdasarkan bukti, bukan sekadar kata-kata.  

Waktu yang Sesuai untuk Beribadat
Nabi Muhammad SAW menyebut tiga waktu yang sesuai untuk beribadat, iaitu selepas Subuh, waktu petang, dan waktu malam. Selepas Subuh adalah waktu penuh keberkatan, dan solat Dhuha juga sangat digalakkan.  

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan penuh dengan rahmat. Allah tidak menyusahkan hamba-Nya, tetapi manusia sendiri yang sering menjadikan agama sebagai sesuatu yang berat. Kita perlu memahami agama dengan ilmu dan tidak berlebihan dalam beribadah.  

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama