Tazkirah Zohor 16 Mac 2025, Ustaz Arselan Hakim Mohd Salleh

Tarikh Penceramah Tajuk
16/03/2025 Ustaz Arselan Hakim Mohd Salleh

Nota Kuliah

Ramadan adalah bulan penuh keberkatan di mana setiap amalan kebaikan digandakan pahalanya. Namun, masih ada yang belum membaca Al-Quran dan bersedekah. Sedangkan, orang yang paling rugi dalam bulan ini ialah mereka yang tidak mendapat keampunan Allah SWT.


Nabi SAW berpesan agar menjaga puasa dengan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga menjaga hati. Mereka yang berpuasa dan mendirikan solat malam dengan penuh keimanan akan diampunkan dosa-dosa mereka. Aisyah r.a. pernah bertanya tentang amalan terbaik pada Lailatulqadar, dan Nabi SAW mengajarkan doa: "Ya Allah, Engkau Maha Pengampun, maka ampunilah dosa-dosaku."


Tiga amalan utama dalam Ramadan ialah menjaga solat fardu dengan lebih khusyuk, memperbanyakkan bacaan Al-Quran, dan mengamalkan infaq serta sedekah, kerana ganjarannya berlipat kali ganda. Kita juga disarankan berdoa agar dibebaskan dari api neraka dan dipertemukan dengan Lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Semoga amal ibadah kita diterima dan membawa keberkatan.

Gambar-Gambar
Nota
Gambar

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama