
27 April 2025 — Pagi ini, Masjid Tengku Makhota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah menerima kunjungan trip pelancongan dari Tangkak, Johor.
Rombongan yang terdiri daripada 44 peserta itu telah
disambut mesra oleh pihak masjid dan dibawa ke Dewan Seminar MTTJ bagi
mengikuti sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Hassan Samadi dan
dibantu oleh En. Zulhanee Mohamed, Timbalan Setiausaha MTTJ.
Dalam sesi tersebut, Tuan Haji Hafizan Samadi telah
berkongsi mengenai strategi pengimarahan masjid dan memberi penerangan tentang
modul yang digunakan di MTTJ dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pengimarahan
masjid.
















Catat Ulasan