Lawatan Penanda Aras, 18 Mei 2025 (Lawatan dari Melaka & Johor)

18 Mei 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada seramai 44 orang peserta dari Johor dan Melaka, yang terdiri daripada kalangan muslimin dan muslimat.


Rombongan tetamu dari Melaka dan Johor ini telah dibawa ke Dewan Seminar MTTJ untuk sesi taklimat khas yang disampaikan oleh Tuan Haji Hassan Samadi, Ketua Skuad Penyambut Tetamu MTTJ, serta En. Zulhanee Mohamed, Timbalan Setiausaha MTTJ. Taklimat tersebut memfokuskan kepada perkongsian program pengimarahan masjid yang dilaksanakan di MTTJ, termasuk usaha memperkukuh peranan masjid sebagai pusat komuniti yang progresif.



0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama