
18 Mei 2025 — Pada pagi ini, Program Simulasi Haji Cilik anjuran Tadika Al-Baghdadi telah berlangsung di dewan solat utama Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ). Bagi tahun ini, Tadika Al-Baghdadi telah memilih MTTJ sebagai lokasi program yang melibatkan penyertaan dua cawangan tadika tersebut iaitu Al-Baghdadi Seberang Temerloh dan Al-Baghdadi bandar Temerloh.
Program berkonsepkan pendidikan awal ibadah haji ini turut mendapat kerjasama strategik daripada syarikat Juara Travel Temerloh, selaku rakan pelaksana yang berpengalaman dalam pengurusan ibadah haji dan umrah.
Lebih 80 murid cilik menyertai program ini dengan berpakaian ihram, menelusuri rukun-rukun haji seperti tawaf, sa’ie, wukuf di Arafah, ibadah korban dan sebagainya, dalam suasana yang disusun menyerupai persekitaran sebenar di Tanah Suci.
MTTJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak Tadika Al-Baghdadi dan Juara Travel serta berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan demi manfaat bersama.











































Catat Ulasan