Majlis Tadarus dan Khatam Quran Halaqah Seri Serdang dan Muslimat MTTJ


17 Mei 2025 — Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran Halaqah Seri Serdang dan Muslimat Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) telah berlangsung di dewan solat utama masjid MTTJ, pagi ini. Program ini merupakan kerjasama Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) dan MTTJ.


Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu menyaksikan penyertaan lebih 70 peserta terdiri daripada ahli Halaqah Seri Serdang, Selangor dan kumpulan Muslimat MTTJ.


Majlis penutup telah disempurnakan oleh Dato' Haji Zainal Abidin Md. Amin. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak Pusat Islam UPM atas kesudian memilih MTTJ sebagai lokasi penganjuran program berkenaan.


Turut menyampaikan ucapan ialah Pengarah Pusat Islam UPM, En. Zuhaimi Abdul Rahim, yang menyatakan harapan agar kerjasama erat antara MTTJ dan Masjid UPM dapat diteruskan serta diperkukuh pada masa akan datang.


Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan.


Gambar beresolusi tinggi, sila tunggu sehingga ia selesai dimuatkan.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama