7 Mei 2025 — Satu perjumpaan khas antara Ahli Jawatankuasa Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ) dan delegasi Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat MTTJ pada pagi ini.
Pertemuan yang berlangsung hampir satu jam itu dipengerusikan oleh Tuan Haji Hassan Samadi, Bendahari MTTJ, manakala deligasi Pusat Islam UPM diketuai oleh pengarahnya En. Zuhaimi Abdul Rahim, merangkap Nazir Masjid UPM dan Ustaz Jamal Mohd Qurtubi Sulaiman, seorang pendidik dan pendakwah al-Quran dalam bidang pengajian tajwid dan qiraat yang juga pengasas El-Qurthuby Quranic Centre (EQC).
Sesi perbincangan ini memfokus kepada perkongsian strategik dan pengalaman dalam pengurusan masjid, selain meneroka potensi kerjasama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui ushaa yang sedang digerakkan oleh Pusat Islam UPM.
Pertemuan berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari.
Hadir di pihak MTTJ
1. Tuan Haji Hassan Samadi (Bendahari)
2. En. Zulhanee Mohamed (Timb. Setiausaha)
2. En. Ab Manaff Safien (Pengerusi BKS)
3. Tuan Haji Hafizan Samadi (Ketua Penyambut Tetamu MTTJ)
4. Imam Haji Hussin Mohamed (Imam 2)



















Catat Ulasan