
9 Jun 2025 – Seramai enam orang delegasi dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh bersama dua wakil dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) cawangan Temerloh telah mengadakan kunjungan ke Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya malam ini.
Perjumpaan tersebut berlangsung selepas solat Isyak di bilik mesyuarat utama MTTJ dan telah dipengerusikan oleh Dr. Haji Abdullah Ismail, Pengerusi MTTJ. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Dato' Haji Zainal Abidin Md. Amin, Timbalan Pengerusi MTTJ; En. Zulhanee Mohamed, Setiausaha; serta Tuan Haji Hassan Samadi, Bendahari MTTJ.
Sementara itu, rombongan dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah diketuai oleh YH Dato' Khairur Rizal Ramli, Pegawai Daerah Temerloh. Turut serta ialah Mohd Ruslan Jaafar dan Ahmad Hakim Samsudin (Imam), Mohd Haniff Jamaludin dan Mohamad Sharir Meli (Bilal), Amirullah Zeheri (Kerani Masjid), dan Mohd Hafiz Mohd Zubri (PPHEI Mashasab).
Pihak TNB Temerloh pula diwakili oleh En. Jalil Nor Iqbal Jalaluddin dan Pn. Huzairah Ahmad Nasir.
Fokus utama pertemuan adalah perbincangan berkenaan inisiatif penggunaan tenaga solar di masjid, khususnya potensi pelaksanaan sistem tenaga solar di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah sebagaimana yang telah berjaya dilaksanakan di MTTJ.
Pembentangan teknikal mengenai sistem solar yang diguna pakai di MTTJ telah disampaikan oleh En. Jalil Nor Iqbal mewakili TNB Temerloh, dengan penekanan kepada kelebihan jangka panjang dalam penjimatan kos elektrik dan kelestarian tenaga.
Pertemuan yang diadakan dua sesi iaitu selepas Maghrib dan selepas solat Isyak itu berakhir pada jam 9.30 malam.








































Catat Ulasan