Penghantaran Katil Mudah Laras BKS ke TJ 2/3, Taman Temerloh Jaya



27 Julai 2025 — Biro Kebajikan dan Sosial Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (BKS-MTTJ) pada petang ini telah membuat penghantaran sebuah katil mudah laras kepada Puan Mahani Mohamad, seorang penduduk di Jalan Temerloh Jaya 2/3 yang sedang menghadapi ujian kesihatan akibat penyakit saraf.


Penghantaran bermula sekitar jam 5.30 petang dan selesai sepenuhnya pada jam 6.45 petang. Katil berkenaan telah dibawa dari Jalan Bahagia, Temerloh menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik Encik Mad Kamal Mohamad yang juga anak saudara kepada Puan Mahani.


Aktiviti ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pengerusi BKS-MTTJ, Encik Ab Manaff Safien, yang turut hadir sepanjang proses pengambilan dan penghantaran ke rumah Puan Mahani. Beliau turut menyatakan harapan agar kemudahan tersebut dapat membantu meringankan pergerakan harian Puan Mahani dan memberi sedikit keselesaan dalam menjalani rawatan serta proses pemulihan.


Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan BKS-MTTJ dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan khusus, selaras dengan aspirasi masjid untuk menjadi pusat kebajikan komuniti yang proaktif dan prihatin.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama