Lawatan Penanda Aras, 27 Julai 2025 (Rombongan Tangak, Johor)



27 Julai 2025 — Pada pagi ini, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah menerima kunjungan daripada Rombongan Tangkak, Johor dalam program Lawatan Penanda Aras. 


Rombongan seramai 40 orang peserta telah disambut mesra oleh pihak MTTJ yang diketuai oleh Tuan Haji Hafizan Samadi, Ketua Skuad Penyambut Tetamu MTTJ, bersama En. Ab. Manaff Safien, Pengerusi Biro Kebajikan MTTJ. Seterusnya, para peserta dibawa ke Bilik Seminar MTTJ untuk sesi taklimat yang diacarakan oleh Tuan Haji Hafizan Samadi dan disampaikan oleh Dr. Haji Abdullah Ismail, Pengerusi MTTJ, serta Tuan Haji Zulkanain Hashim, Setiausaha MTTJ.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama