BKSMTTJ Agih 50 Bungkusan Barangan Keperluan Dapur Kepada Asnaf Kariah MTTJ



28 Julai 2025 — Program agihan bantuan kepada golongan asnaf dalam komuniti Taman Temerloh Jaya telah berlangsung pagi ini bertempat di Dapur Masjid, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ).


Program yang bermula seawal jam 10.00 pagi ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan dan Sosial Masjid Temerloh Jaya (BKSMTTJ) di bawah seliaan Pengerusinya, En. Ab. Manaff Safien. Sebanyak 50 bungkusan barangan keperluan dapur berjaya diagihkan kepada penerima yang layak, termasuk penghantaran terus ke rumah bagi mereka yang uzur dan tidak berkemampuan untuk hadir sendiri ke masjid.


Antara barangan keperluan yang diagihkan termasuklah tepung, mee hoon, kicap, susu, gula, biskut, mee segera dan sardin. Sumbangan ini merupakan inisiatif khas pihak masjid dalam usaha menyantuni dan membantu meringankan beban golongan asnaf di kawasan sekitar. 


Turut terlibat dalam menjayakan agihan ini ialah barisan Ahli Jawatankuasa BKS iaitu En. Razali Awang Kechik, En. Jasni Ismail, En. Azmi Ahmad, En. Borhan Mohd Marzuki, Pn. Hasnah Mat Yassin, Pn. Nurazmin Yahya dan Pn. Zaleha Haron, dengan diketuai sendiri oleh En. Ab. Manaff.


Agihan selesai sekitar jam 12.00 tengah hari, dan pihak BKSMTTJ merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program agihan ini.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama