
31 Julai 2025 — Satu perjumpaan bersama ibu bapa pelajar Tahun 5 KAFA Imtiyaz Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) telah diadakan pada jam 2.45 petang bertempat di Bilik Seminar MTTJ.
Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh Guru Besar KAFA Imtiyaz, Ustazah Fazidah Kamarudin yang membentangkan maklumat berkaitan pencapaian akademik murid serta analisis keputusan peperiksaan yang lalu.
Perjumpaan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak, serta bagaimana mereka boleh memberikan sokongan yang sewajarnya dalam membantu meningkatkan prestasi anak masing-masing.









Catat Ulasan