Program Ukhuwah Bulanan MTTJ ( 7 Ogos 2025)


7 Ogos 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) terus mengimarahkan ukhuwah dalam kalangan jemaah menerusi Program Ukhuwah Bulanan MTTJ.


Program yang diadakan setiap Khamis malam Jumaat, minggu pertama setiap bulan ini dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, disusuli bacaan Surah Yassin dan Tahlil Perdana yang dipimpin oleh Imam Nasrullah Abd Ghani.


Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah Ismail seterusnya menyampaikan ucapan ringkas dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada Team Dapur MTTJ, para penyumbang program Ukhuwah Bulanan, para jemaah dan kepada semua yang terlibat dalam sebarang aktiviti masjid. Dr. Abdullah menitipkan pesan bahawa khidmat yang diberikan untuk masjid walaupun sebenar zarah akan tetap dikira sebagai pahala oleh Allah SWT.


Solat Isyak berjemaah menyusul selepas itu, dengan kehadiran jemaah yang memenuhi ruang solat utama hingga ke foyer masjid. Program diakhiri dengan jamuan perdana sebagai penutup majlis.



Gambar beresolusi tinggi, sila tunggu sehingga ia selesai dimuatkan.


Gambar beresolusi tinggi, sila tunggu sehingga ia selesai dimuatkan.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama