Lawatan Penanda Aras, 28 September 2025 (Negeri Sembilan & Johor Bahru)



28 September 2025 — Satu sesi Taklimat Penanda Aras telah diadakan di Bilik Seminar Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) dengan kehadiran rombongan dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan dari Johor Bahru.


Taklimat ini dikendalikan oleh Tuan Haji Hafizan Samadi, Ketua Skuad Penyambut Tetamu MTTJ bersama Timbalan Setiausaha MTTJ, En. Zulhanee Mohamed.


Program dimulakan dengan ucapan dan perkongsian oleh Pengerusi MTTJ, Dr. Haji Abdullah Ismail yang menyentuh mengenai usaha pengimarahan masjid sebagai pusat ibadah pembangunan ummah. Seterusnya, rombongan tetamu turut membuat prkongsian pandangan dan pengalaman masing-masing melalui slot yang disampaikan oleh Ustaz Lazim dari Johor Bahru serta Ustaz Redzuan Ramli dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.


Program Lawatan Penanda Aras ini bukan sahaja memperkukuh jaringan kerjasama MTTJ dan pihak luar terutamanya institusi masjid, malah membuka ruang pertukaran idea serta amalan terbaik dalam memperkasakan peranan masjid sebagai pusat penyatuan masyarakat Islam.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama