Rombongan dari Negeri Sembilan, Johor dan Perak Meriahkan Suasana Solat Subuh di MTTJ



28 September 2025 – Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) terus menjadi tumpuan pengunjung dari pelbagai negeri yang ingin merasai sendiri suasana kemeriahan solat Subuh berjemaah yang dihidupkan dengan penuh semangat dan kekhusyukan


Pada pagi ini, MTTJ menerima kunjungan daripada.


1. Surau Taman Intan Duyung, Port Dickson — 44 orang

2. Kampung Alor Pongsu, Bagan Serai — 42 orang

3. Kampung Pulau Labu, Seremban — 37 orang

4. Kampung Jabi, Segamat — 41 orang


Selain berpeluang merasai suasana solat Subuh yang tular kerana kehadiran jemaah yang begitu ramai, sebahagian peserta rombongan turut menyertai kuliah Subuh, bersarapan bersama ahli kariah MTTJ, serta menghadiri taklimat Lawatan Penanda Aras yang diadakan di Bilik Seminar masjid.


Kehadiran rombongan ini bukan sahaja menambah kemeriahan suasana, malah turut memperkukuh peranan MTTJ atau Masjid Temerloh Jaya sebagai ikon pengimarahan masjid yang menjadi rujukan dan inspirasi kepada masyarakat Islam, khususnya di negeri Pahang dan umumnya di seluruh Malaysia.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama