16 Disember 2025 — Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ), Taman Temerloh Jaya, hari ini menerima penghantaran empat (4) unit kabin KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain) Imtiyaz yang akan digunakan sebagai kelas KAFA Imtiyaz MTTJ bermula sesi 2026.
Kabin-kabin berkenaan dibeli daripada RAKL Supply Kontena dengan kos keseluruhan sebanyak RM59,000 dan akan ditempatkan di Kawasan Parkir C, MTTJ. Setiap kabin dianggarkan mampu menampung kira-kira 35 orang murid, sekali gus membantu mengatasi kekurangan bilik darjah kelas KAFA yang dihadapi sebelum ini.
Pihak pengurusan masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang serta membantu dalam proses pembelian kabin tersebut. Diharapkan penyediaan kemudahan ini dapat memberikan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif, seterusnya memberi manfaat kepada anak-anak kariah MTTJ dalam menuntut ilmu.
Catat Ulasan