Waktu Solat Temerloh Jaya

1 Ramadan

--- hari lagi

1 Syawal

--- hari lagi

10 Zulhijjah

--- hari lagi

Maulid Nabi

--- hari lagi

𝗠ð—Ū𝗷ð—đð—ķ𝘀 ð—Ķ𝘂𝗚ð—Ŋð—Ūð—ŧð—īð—Ūð—ŧ 𝗔ð—ŧð—Ūð—ļ 𝗎ð—Ū𝘁ð—ķ𝗚, 𝗔𝘀ð—ŧð—Ūð—ģ ð—ąð—Ūð—ŧ 𝗛𝘂ð—ģð—ģð—Ūz Kariah MTTJ



10 Mac 2026 – Dataran Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) menjadi lokasi berlangsungnya Majlis Sumbangan kepada Anak Yatim, Keluarga Asnaf dan Para Huffaz Al-Quran pada petang Selasa.

Dalam program tersebut, seramai 76 orang anak yatim dan 30 keluarga asnaf menerima bantuan yang disampaikan sebagai sokongan kepada golongan yang memerlukan dalam kariah setempat.

Majlis yang sama turut memberikan pengiktirafan kepada 17 orang hafiz dan hafizah Al-Quran daripada komuniti sekitar sebagai menghargai usaha mereka menghafaz serta memelihara kitab suci Al-Quran.

Selain itu, enam buah surau dalam kariah Masjid Temerloh Jaya turut menerima sumbangan bagi membantu melancarkan pelbagai aktiviti dan keperluan pengimarahan surau di kawasan berkenaan.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Masjid, Datuk Zainal Abidin bin Md Amin.

Pihak masjid turut menzahirkan penghargaan kepada Biro Kebajikan & Sosial MTTJ serta semua individu yang terlibat dalam penyediaan dan pengurusan program tersebut.

Acara berkenaan kemudian diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama jemaah masjid yang menghimpunkan lebih 500 orang penduduk setempat.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama