
Nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia, iaitu nikmat iman dan Islam. Nikmat yang menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Menurut ulama, nikmat terbahagi kepada dua iaitu;
- Nikmat Zahir— لا إله إلا الله
- Nikmat Batin— Allah tutup aib dan dosa-dosa
Kesemua nikmat ini akan ditanya di akhirat nanti.
"kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah di dunia itu)" — QS. At-Takatsur Ayat 8
Nikmat ini bukan sekadar kemewahan material seperti makanan, minuman, atau pakaian, tetapi merangkumi keselamatan dari azab dunia, kubur, dan akhirat.
Seorang lelaki buta, mempunyai penyakit sopak, namun dia bersyukur, apabila ditanya mengapa dia bersyukur?. Menurut orang buta itu dia bersyukur kerana dia tidak dapat melakukan maksiat sebagaimana yang dilakukan oleh orang sebahagian yang sempurna.
Ulama membahagikan nikmat kepada tiga, iaitu;
- Nikmat 1: Kecapi dan dirasai
- Nikmat 2: Nikmat yang sedang dinantikan (akan datang)
- Nikmat 3: Kecapi tetapi tidak merasai nikmat itu
Antara rukun syukur ialah; mengetahui nikmat agar dapat diketahui pula siapakah yang memberikan nikmat tersebut.
Allah menegaskan di dalam surah Al-Fatihah bahawa Dia-lah yang terpuji, dan kita wajib memuji Allah. Dalam surah itu juga Allah menyebut tentang jalan orang yang diberi nikmat, iaitu jalan para Nabi, para sahabat Nabi SAW, orang yang mati syahid, orang-orang yang melakukan amal-amal saleh. Umat pada hari ini masih berkesempatan mengambil jalan orang-orang yang melakukan amal saleh, kerana jalan kenabian sudah tertutup, begitu juga dengan jalan para sahabat. Sementara jalan para syuhada hampir sukar untuk menemuinya pada hari ini.
Antara amal saleh yang ringan untuk dikerjakan tetapi berat timbangan amalnya ialah; solat sunah sebelum Subuh dan membuang halangan di jalan yang boleh menganggu laluan manusia.
Sungguhpun begitu, untuk melakukan amal saleh hendaklah seseorang itu melakukannya dengan ikhlas dan mengikut amalan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Manusia juga dilarang mengada-adakan amalan yang tiada dalam Islam dan ancaman neraka kepada pelakunya.
Manusia tidak akan mampu menghitung nikmat yang diberikan oleh Allah, dan manusia wajib bersyukur kepada Allah.
SYURGA
Kedudukan manusia di syurga bertingkat-tingkat (8 syurga) dan seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya.
“Seseorang akan bersama dengan orang yang ia cintai. Dan engkau akan bersama orang yang engkau cintai.”— HR. Tirmidzi no. 2385
Nabi SAW menyarankkan umat baginda untuk meminta syurga Firdaus, sebagaimana hadis;
“Apabila kamu memohon syurga kepada Allah, maka mohonlah al-Firdaus”.— Riwayat al-Bukhari no.7423
Syurga penuh kenikmatan, hinggakan orang yang terakhir sekali masuk syurga sekalipun akan memiliki syurga yang sepuluh kali ganda dunia ini. (Rujuk Riwayat Bukhari no.6571).
Ada syurga yang bekas, pinggan mangkuk diperbuat daripada emas dan ada syurga yang perkasasnya dibuat daripada perak.
Nikmat terbesar bagi ahli syurga ialah apabila melihat Allah SWT.
Allah menyelamatkan orang-orang beriman daripada jatuh ke dalam neraka, dan selepas itu apabila mereka selamat daripada neraka, maka sebahagian dari mereka akan ditahan di antara syurga dan neraka untuk qisas.
“Setelah orang-orang beriman diselamatkan dari neraka (selamat melewati sirat), mereka tertahan di qantharah yang ada di antara syurga dan neraka. Maka ditegakkanlah qisas di antara mereka akibat kezaliman yang terjadi di antara mereka selama berada di dunia. Setelah dibersihkan dan dibebaskan, mereka pun diizinkan masuk syurga. Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh mereka lebih mengetahui tempat mereka di syurga daripada tempatnya ketika berada di dunia".— HR. Bukhari no. 6535.
Hadis di atas juga menyatakan seseorang itu lebih mengenali tempatnya di syurga berbanding tempatnya sewaktu di dunia.
Penghuni syurga akan bercerita sesama sendiri tentang kenapa mereka memasuki syurga. Ada yang masuk syurga melalui sedekah, puasa, dan kerana amalan-amalan yang kecil sahaja. Contohnya seorang wanita yang memberi minum seekor anjing yang sedang dahaga, maka dengan itu wanita itu dimasukkan ke dalam syurga.
Selain itu diriwayatkan juga tetang kisah seorang wanita kulit hitam (Habsyi) yang kerjanya membersihkan masjid. Suatu hari wanita tersebut telah meninggal dunia tanpa pengetahuan Nabi SAW kerana dia diuruskan oleh para sabahat pada waktu malam. Apabila Nabi mengetahui tentang kematian tersebut, Nabi meminta agar ditunjukkan kubur wanita itu, lalu Nabi menyolatinya atau mendoakannya (dua syarah 1. Nabi solat di atas kubur, 2.Nabi mendoakannya). Namun Imam Makin melarang solat di atas kubur dan menterjemahkan perbuatan Nabi itu sebagai mendoakannya.
Syurga adalah tempat yang penuh dengan keindahan dan kemuliaan, di mana keharuman bau wangiannya boleh dihidu sejauh 70 tahun perjalanan. Di dalam syurga, terdapat lapan pintu, masing-masing dengan keistimewaannya. Antaranya ialah pintu Ar-Rayyan, khusus untuk mereka yang sentiasa berpuasa, serta syurga 'Adnin yang diperuntukkan bagi mereka yang soleh.
Amalan seperti menyempurnakan wuduk disertai dengan doa dapat membuka lapan pintu-pintu syurga.
Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk, kemudian berdoa: “: Ø£َØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†ْ Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ ÙˆَØ£َÙ†َّ Ù…ُØَÙ…َّدًا عَبْدُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَرَسُولُÙ‡ُ” kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu.— HR. Muslim no.234, Abu Daud no.169, Nasa'i no.148, Ibnu Majah no.470, Tirmizi no.55
Dikatakan luas pintu syurga adalah sejauh perjalanan dari Mekah ke (Hajar) Bahrain atau Mekah ke Busyra di Syam.
Pengajaran
- Dilarang menafsir Al-Quran mengikut kehendak sendiri maka itu adalah kesalahan. Mesti merujuk para alim ulama.
- Terdapat 138 kali perkataan nikmat di dalam Al-Quran.
- Dilarang mengada-adakah amalan tanpa petunjuk dari Nabi SAW.
- Nabi meninggalkan dua perkara iaitu Al-Quran dan sunnah untuk diikuti.
- Nabi tidak mengetahui perkara ghaib kecuali yang diwahyukan kepada baginda.
- Jangan meremehkan amalan kecil, mungkin amalan itu membawa ke syurga.
Lima perkara yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja
- Keadaan janin ketika persenyawaan berlaku.
- Bila turunnya hujan (manusia hanya mampu meramal sahaja).
- Apa yang akan berlaku esok hari.
- Mati di mana.
- Bila berlakunya kiamat.











Catat Ulasan