
29 November 2024 – Peserta Kayuhan Kembara Hikmah 4.0, Road To Mecca, En. Ahmad Zulkifle Ahmad, kini berada di India selepas berjaya merentasi Thailand dalam misi berbasikalnya menuju Mekah. Beliau bersama kumpulan kayuhannya tiba di sana pada 26 November lalu. Perjalanan seterusnya adalah untuk memasuki negara Pakistan yang dijangka pada hari ini.
En. Ahmad Zulkifle memaklumkan bahawa beliau berada dalam keadaan sihat untuk meneruskan perjalanan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada khariah MTTJ atas segala sumbangan dan doa yang diterima sepanjang misi ini.
Misi kayuhan sejauh 6,000 kilometer ini dijangka mengambil masa selama enam bulan, melibatkan laluan melalui beberapa negara termasuk Thailand, India, Pakistan, Iran, dan Emiriah Arab Bersatu sebelum tiba di Arab Saudi.
Perjalanan ini bermula dari Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Temerloh Jaya (MTTJ) pada 9 Oktober lalu dan dijangka tiba di Mekah sebelum musim haji bermula.
Kemaskini misi En.Zulkifle boleh diikuti di link ini [KLIK]
Catat Ulasan