
"Seorang yang berakal tidak selayaknya menghabiskan waktunya kecuali pada tiga tempat".
- Mencari Bekal Akhirat: Melakukan ibadah kepada Allah, pergi ke masjid dan sebagainya. Mencari bekal akhirat. Membaca kepada akhirat dan dekat kepada Allah.
- Memperbaiki Taraf Hidup Dunia: Mencari rezeki di dunia untuk tujuan di atas muka bumi. Menafkahi keluarga.
- Menikmati Hiburan : Hiburan Tidak diharamkan oleh Allah
Manusia memerlukan hiburan tetapi bukan hiburan yang melalaikan, yang menjauhkan diri dari Allah SWT.
Hiburan perkara yang menyebabkan kita gembira, tidak semestinya mendengar lagu atau sebagai. Apa sahaja yang mengembirakan selagi tidak haram adalah diharuskan. Ada yang berhibur dengan bersukan.
Nabi berpesan kepada sahabat baginda iaitu Hanzalah bahawa ada masa untuk beribadah dan ada masa untuk menggembirakan hati. (rujuk Sahih Muslim no.2750)
Rasulullah SAW menyebut dua penyakit yang sering menimpa manusia, iaitu sihat dan banyak masa lapang. Hal tersebut sebenarnya jika mengambil konteks jemaah MTTJ ia sebenarnya menjadi ujian bagi mereka yang pencen. Ramai yang sihat dan mempunyai banyak masa, tetapi tidak menggunakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Namun, bagi jemaah yang hadir ke masjid dan dapat solat berjamaah, maka itu adalah satu nikmat yang besar untuk disyukuri, kerana telah melepasi dua ujian penyakit tersebut.
Rasulullah SAW menyatakan bahawa tiada suatu kaum yang berkumpul di rumah Allah dan saling belajar antara mereka, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat, dan dikelilingi malaikat yang memohon rahmat serta pengampunan untuk mereka. Orang-orang yang hadir dalam majlis ilmu dikelilingi malaikat dan dijauhkan daripada gangguan syaitan.
Allah s.w.t. menyebut nama orang-orang yang hadir dalam majlis ilmu di hadapan para malaikatNya. Sebagaimana dalam sabda baginda; "Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya". — HR.Muslim 4867.
Cara Redha Allah lebih mudah dari mencari redha manusia. Sebagaimana kata Imam Syafie; "Engkau tidak akan mampu membuat semua orang redha kepadamu, maka perbaikilah hubunganmu dengan Allah". Kata-kata Imam Syafie ini adalah salah satu galakan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah. Hubungan dengan Allah perlu diperbaiki. Apabila hubungan kita dengan Allah baik, kita tidak akan terlalu peduli dengan pandangan atau kejian manusia. Yang penting adalah kita menjaga hubungan kita dengan Allah, bukan untuk dipuji manusia. Apabila kita mencari reda Allah, cemuhan manusia tidak akan mempengaruhi kita.
HADIS:
Rasulullah SAW bersabda; :Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk, kemudian berdoa: “: Ø£َØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†ْ Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ ÙˆَØ£َÙ†َّ Ù…ُØَÙ…َّدًا عَبْدُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَرَسُولُÙ‡ُ” kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu".— HR. Bukhari no.1897 dan HR.Muslim no.1705
AL-QURAN: An-Nisaa'. Ayat 142
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan solatnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan solat) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
Ayat ini menyatakan ciri-ciri orang munafik ketika hendak mendirikan solat.
Lahiriah: Apabila hendak solat mereka malas kerana tiada iman dan melakukannya dalam keadaan merasa terpaksa untuk taat kepada Allah
Dalaman: Mereka solat hanya untuk dipertontonkan kepada orang lain.
Hal ini dapat dibuktikan melalui sabda Nabi SAW; "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh".—HR. Ahmad no.2001.
Orang-orang munafik pada masa itu merasa berat untuk hadir ke masjid pada kedua-dua waktu tersebut kerana keadaan ketika itu gelap, dan orang lain tidak dapat melihat mereka solat.
Kata Ibnu Abas: makhruh melengah-lengahkan pergerakan untuk bangun solat sekiranya iqamah sudah dilaungkan.
Katogeri Solat Nabi
- Bacaan pendek (solat fardu berjemaah umum bagi meraikan orang-orang tua, dan sebagainya).
- Bacaan sederhana (solat bersama para sahabat yang kuat iman dan orang-orang muda).
- Bacaan panjang (solat sunat bersendirian).
HADIS:
Daripada Umar bin Abi Salamah katanya: Sewaktu aku kecil di bawah jagaan Nabi, tanganku sentiasa berlegar sekeliling talam (untuk mendapatkan makanan dan lauk). Nabi berkata kepadaku: "Wahai anak, sebut nama Allah (baca Bismillah), makan dengan tangan kananmu dan makanlah (ambillah makanan) yang hampir denganmu".— HR. Bukhari no. 5376, HR.Muslim no.2022.
Rasulullah mengajarkan umatnya untuk membaca “بسم الله” sebelum makan, makan dengan tangan kanan, dan mengambil makanan yang paling dekat terlebih dahulu. Islam sangat menitikberatkan adab dalam semua aspek kehidupan, termasuk adab ketika makan dan lainnya. Oleh itu, kita bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan adab dan akhlak Islam, memberikan panduan serta teguran apabila mereka melakukan kesilapan.
Pengajaran:
- Jika kecewa dengan manusia, rapatkan diri dengan Allah
- Makhruh melengah-lengahkan pergerakan untuk bangun solat sekiranya iqamah sudah dilaungkan. (Ibnu Abbas)
- Cara nasihat Rasulullah: terus menegur pada waktu sama kesalahan berlaku agar lebih berkesan.
- Bapa digalakkan solat sebelah dengan anak di masjid agar mudah didik dan tidak menganggu jemaah lain.
- Galakan makan berjemaah













Catat Ulasan