BKS MTTJ di Taklimat Moh Care Ke Asnaf Anjuran MUIP Daerah Temerloh

10 Disember 2020 - Bertempat di Dewan Komples Majlis Ugama Islam Negeri Pahang Cawangan Daerah Temerloh, telah berlangsung program Taklimat Pengurusan dan Pentadbiran Masjid serta SKJ Negeri Pahang untuk Sesi 2024-2025 pada pagi ini.


Pihak Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ) diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Dato' Zainal Abidin Md Amin; Setiausaha, En. Zulkanain Haji Hashim; Pengerusi Biro Kebajikan & Sosial (BKS MTTJ), En. Ab Manaf Safien dan Imam I MTTJ, Ustaz Mohd Asri Awang.


Sementara itu, kehadiran  En. Ab Manaf Safien selaku Pengerusi BKS; dan AJK En. Nasran ke program tersebut, adalah untuk sesi khas bertajuk 'Moh Care ke Asnaf'. Sesi ini memfokuskan kepada cara mengenalpasti asnaf serta kriteria yang perlu dipenuhi untuk mengenal pasti golongan ini, dan bentuk-bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada mereka sehingga setiap usaha dapat memberikan impak yang signifikan. 


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama