
Sebelum itum Dr. Abdullah dalam ucapannya memuji usaha pihak KRT TJ Indah menganjurkan kejohanan ini dan menyatakan sokongan penuh pihak MTTJ terhadap program yang bermanfaat ini. Beliau turut melahirkan rasa gembira kerana pertandingan ini melibatkan kanak-kanak yang kebanyakannya merupakan jemaah tegar di MTTJ dan Surau Al-Mukhlisin, serta ahli komuniti Taman TJ Indah yang juga merupakan ahli kariah MTTJ. Akhirnya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menyokong program ini. Menurutnya, kerjasama yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat pada pagi ini adalah merupakan nikmat hidup berkomuniti.
Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah, En. Mazlan Hanfiah, yang mengalu-alukan kedatangan Dr. Haji Abdullah, menyatakan bahawa beliau berbesar hati kerana Dr. Abdullah sudi menerima jemputan ke program tersebut. Menurutnya, jemputan ini dibuat memandangkan reputasi Dr. Abdullah sebagai Pengerusi MTTJ yang terkenal di serata negara serta sebagai tokoh pemimpin yang dihormati dalam komuniti Taman Temerloh Jaya.
Pertandingan yang melibatkan kanak-kanak dari komuniti memanah TJ Indah, MTTJ dan An-Najah ini adalah buat julung kalinya diadakan.











Catat Ulasan